F i c t i o n.
Run Devil Run [Episode 2];


EPISODE 2

Kwon Yuri sedari tadi asyik memandang ke kanan dan ke kiri setiap lima saat. Sejak dari tadi selepas balik daripada sekolah dia menunggu Yoona yang kata mahu pergi ke bandar untuk membeli sedikit barang keperluan namun sejak dari tadi kelibatnya belum-belum muncul. Pergi mana si Yoona ni?
Dia  cuba mendail nombor telefon Yoona buat kali ke sepuluh namun langsung tidak terangkat. Memang pelik betul Yoona ni. Belum pernah dia buat hal macam ni.
Namun, Yuri masih lagi tercegat di situ dan terus menunggu dan menunggu...



Yoona cuba untuk bangun. Namun, kesakitan yang melampau menyukarkannya. Tadi, dia teringat Zelo menolaknya dengan begitu kuat membuatkan dia terjatuh di atas lantai. Keadaan yang sangat-sangat gelap begitu menyukarkannya untuk melihat. Akhirnya selepas beberapa percubaan, dia berjaya untuk bangun dan berdiri dan mula untuk mencari jalan untuk keluar dari tempat yang pelik ini.
Terus terang, dia langsung tidak mengetahui kewujudan tempat ini yang dikatakan sebuah 
bilik rahsia yang terletak di sempadan bangunan pentadbiran sekolah ini. Tapi apa yang dia percaya tentang bilik rahsia ini ialah tempat ini sangat misteri. Nama je bilik, namun bilik ini sangat-sangat luas. Memang boleh tersesatlah.
Yoona mengeluh perlahan. Dia sudah letih berjalan di sekitar tempat itu. Kakinya berasa berat untuk melangkah lagi. Apa yang dia perlu sekarang hanyalah berehat. Dia mahu mengumpul tenaga dan apabila sudah bertenaga, bolehlah dia mencari jalan untuk keluar dari tempat ini.
Semakin lama semakin longlai langkahnya. Dia sudah tidak berdaya. Dan tubuhnya akhirnya jatuh terhempas ke atas lantai dan dia tidak sedar apa yang berlaku seterusnya...


Dia tersentak. Tersentak dengan batang tubuh seorang gadis yang sedang terbaring lesu. Belum pernah lagi manusia lain selain dia yang berada di tempat ini. Ini sangat pelik. Bagaimana dia boleh menyelinap masuk ke sini? Tanda tanya ini berlegar-legar di benak fikirannya.
Perlahan-lahan, batang tubuh gadis itu diangkat untuk dibawa ke tempatnya bagi merawat luka-luka di badannya. Muka gadis ini nampak benar-benar letih dan tidak bermaya. Mungkin belum makan lagi agaknya.
Saat dia mahu mengangkat batang tubuh gadis itu, dia sempat untuk melihat raut muka gadis itu. Berambut panjang, berkulit putih dan cantik. Hatinya berdebar-debar. Kenapa dengan dia ni?



“Padan muka kau Yoona! Sekarang kau dah menderita kat dalam bilik tu. Have fun there. Mampuslah kau kat dalam tu. And now, aku gadis yang paling cantik dan bijak dekat sekolah ini! Hahahahha. Serves you right!”

Ayat terakhir Ji Yeon sebelum dia tercampak di tempat ini membuatkan dia tersedar dari pembaringan. Ayat keramat itu sungguh membuatkan dia rasa takut. Ya, takut. Sekarang dia cuma satu hajat, dia mahu tinggalkan tempat pelik ini walaupun dia tahu hajatnya mungkin tidak akan tercapai.
Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Dia terpana lalu memusingkan badannya ke belakang dalam kadar sepantas yang mungkin. Dan apabila dilihatnya batang tubuh seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya, dia mengundur badannya ke depan sikit. Dia berasa takut kalau dia diapa-apakan.
“Eh, janganlah takut. Saya tak makan manusia lah..” ujar lelaki itu.
“So, awak ni siapa?”
“Saya yang tolong angkat awak datang sini dan jugak tolong rawat luka-luka kecil awak tu in short I’m your superman.” balas lelaki itu sambil tersenyum.
“Hmmm. Terima kasih sebab tolong saya.” Yoona tertunduk malu.
“It’s okay. Hmmm, nak jadi kawan saya tak?”
Yoona terkejut mendengar kenyataan itu.” Errr. Boleh. Apa salahnya kan?”
“Annyeonghaseyo, saya Kim Myung Soo. Just call me Myung Soo. 17 tahun.” Lelaki yang bernama Myung Soo itu mula memperkenalkan dirinya.
“Annyeonghaseyo, Im Yoona. Yoona for short. Umur 16 tahun dan bersekolah di sini.”
“Maksud awak, Jaejung High School?”
“Yelah. Bukan ke tempat ni dekat Jaejung High School?”
“Sebenarnya tidak. Lokasi bilik rahsia ini terletak di suatu kawasan yang tidak diketahui. Namun, sengaja ditempatkan di dalam sekolah ini atas sebab-sebab tertentu.”
“Macam mana awak tahu?”
“Adalah. Saya dah lama kaji benda ni.” balas Myung Soo.
“So means awak dah berada kat dalam bilik ni dah lama ya?”
“A’ah. Lebih kurang setahun rasanya.”
Yoona melopong. “OMO. Tak bosan and tak rasa nak keluar ke dari tempat pelik ni?”
Myung Soo ketawa. “Kadang-kadang bosan jugak sebab takde langsung manusia kat sini. Tapi saya lebih suka bersendirian.”
“Ohh. So, macam mana awak boleh ada kat sini..” Yoona mahu tahu bagaimana lelaki itu boleh terperangkap di dalam bilik rahsia ini.
“Hmmm, panjang ceritanya.. Kalau saya dah sedia, nanti saya akan ceritakan kesemuanya.”
“Its okay kalau awak taknak cerita pun. Kalau awak nak tahu, saya terperangkap kat sini sebab ada orang benci dengan saya. Dia nak saya hilang dari muka bumi ini. Dia jelik tengok muka saya..” Suara Yoona mulai kendur.
“Maybe sebab awak comel sangat kot.That’s why diorang benci and jealous. Hahaha.” Myung Soo ketawa dalam diam memuji gadis itu.
“Eh, mana ada. Takde lah comel pun.”
“Betullah awak comel. Saya suka tengok muka awak. Tenang je..”
Muka Yoona bertambah merah. Macam udang kena bakar. “Thanks sebab puji..”
“Awak tak takut ke berada dalam tempat ni?” soal Myung Soo.
“Hmmm. Sekarang dah tak takut sebab awak ada teman saya. Thank you Superman.”
Kali ini pula, lelaki itu pula malu dan berdebar-debar. Namun, dia buat biasa-biasa saja. Entah kenapa dia rasa selesa dengan gadis itu.
“Kalau awak nak tahu serba-sedikit tentang tempat ini. Ada tujuh oasis semuanya kat dalam bilik rahsia ini. Dan selang satu oasis ialah dalam 5 padang bola. Dan mungkin mengambil masa dalam dua hari untuk sampai ke satu oasis ke satu oasis. Kalau nak cakap keluasan, memang tak terkira lah. Nama je bilik, tapi luasnya, memang tak boleh nak cakap.”
Oasis bermaksud tempat rehat yang disediakan di dalam bilik rahsia ini. Ada tujuh kesemuanya. Oasis lengkap dengan pelbagai kemudahan yang mencukupi. Disediakan tempat tidur, bilik mandi, dapur dan ruang tamu. Dalam kata mudahnya, ibarat sebuah rumah. Cukup lengkap kesemuanya.
“Ohh. Jadi kita sekarang berada kat oasis yang ke-berapa?” tanay Yoona.
“Yang pertama. Saya sebenarnya dah lama nak explore seluruh oasis dekat sini, tapi selalu tak sempat. Nanti kalau ada masa, saya nak pergi. Nak ikut tak?”
“Boleh jugak. Nak jugak tengok macam mana keadaan bilik rahsia ini seluruhnya.”
Myung Soo tersenyum.
“Saya nak tanya ni, awak memang taktahu ke macam mana nak keluar dari sini?”
Myung Soo menggeleng. “ Sorry, saya langsung taktahu ..”
“It’s okay. Lagipun memang takde jalan nak keluar dari sini kan?”
“Yah,for sure.”
Myung Soo tidak mahu Yoona sedih lalu dia suruh Yoona berehat untuk menenangkan dirinya. Dia pasti suatu hari nanti Yoona akan berjaya keluar dari tempat ini. Mungkin bersama dia?


Sedari tadi, perbualan si lelaki dan si gadis itu benar-benar menarik perhatiannya. Dia tahu lelaki itu sudah lama berada di sini dan si gadis itu baru sahaja terperangkap di dalam bilik rahsia ini. Mungkin sudah ditakdirkan mereka menjadi pasangan dan berjuang bersama-sama? Semua itu bakal terungkai pada bila-bila masa.
Dia tersenyum penuh makna. Dia akan terus mengintip mereka berdua. Mereka memang patut bersama. Pada suatu hari nanti, dia pasti akan bersua muka dengan mereka. Pasti...

*Flashback tamat*
To be continued...


Dapatkan mereka berdua bebas dari cengkaman bilik rahsia itu? Bagaimana pula dengan Tiga Jahanam selepas kejadian tempoh hari? Dan siapa pula DIA? Apakah tujuan dia mengintip mereka berdua dalam diam-diam? Dan apakan yang dimaksudkan dengan Lagenda seperti yang diperkatakan itu? Semuanya terungkai dalam  Run Devil Run!

Labels: ,

←newer post
older post→


A world of imagination.