F i c t i o n.
Run Devil Run [Episode 1];


Episode 1

Yoona mengesat peluh di dahinya. Kepanasan yang membahang sedari tadi menjadikan dia tidak
 selesa dengan suasana sekelilingnya. Sekejap dia bangun dan sekejap dia duduk. Katanya mahu mengambil angin. Baju yang di pakainya itu rasanya boleh diperah hingga penuh satu baldi sebab terlalu panas. Dia mengeluh panjang.

“Myung Soo!” jeritnya separuh kuat. Dia mahu bertanya mengapa kipas di dalam bilik itu tiada bekalan eletrik secara tiba-tiba.

Jeritannya itu tidak dibalas oleh lelaki itu.

“Myung Soo! Myung Soo!” kali ini, volume suaranya berada pada tahap 5 bermakna yang paling kuat.  Belum pernah dia menjerit sekuat begitu. Kalau lah ada orang dengar, memang tanggapan kepadanya sebagai gadis yang lemah lembut berubah kepada gadis yang kasar dan tomboi!

Lelaki yang bernama Myung Soo itu keluar dari biliknya. “ Kenapa? Panggil orang macam duduk sebatu je. Pfft”

“Emergency ni! Takde eletrik! Panas gila! Cepat pergi tengok kenapa takde eletrik tu!”

“Yelah. Kejap..” Myung Soo mula melangkah ke bahagian belakang bilik yang luas itu. Dia mahu memeriksa kotak fius yang mana menjadi puca bekalan eletrik di dalam bilik itu.
Setengah jam kemudian, eletrik mula mengalir semula ke pelusuk bilik itu. Kepanasan yang dialami Yoona tadi mula beransur hilang dan diganti dengan kesejukan.

Secara tiba-tiba, mindanya mula berputar kembali mengingatkan dia akan peristiwa hitam yang berlaku kepadanya sampaikan dia terheret ke dalam kancah derita ini.  Peristiwa yang menragut kegembirannnya itu masih segar di dalam benak ingatan walaupun peristiwa itu sudah sebulan berlalu....
*Flashback*

1 April 2011, Musim Panas, Jaejung High School....

Puan Kim telah memberikan semula kertas jawapan Matematik yang telah ditandanya untuk Ujian Bulanan yang lepas kepada pelajar kelas 3-A kecuali seorang iaitu pelajar yang mendapat markah paling tinggi di dalam kelas itu.

“Semua dah dapat kan kertas jawapan ujian Matematik yang lepas?” tanya Puan Kim walaupun dia sudah tahu salah seorang daripada mereka belum mendapat lagi.

“Yoona belum dapat Puan Kim! Kertas dia tercicir ke?” tanya Ea Nul, penolong ketua kelas 3-A.

“Aah, Puan Kim. Saya belum dapat lagi kertas jawapan saya..” terserlah wajah risau Yoona.  Dia sudah buat sehabis mungkin untuk ujian Matematik kali ini, hancurlah harapan dia kalau kertas jawapannya tercicir atau hilang.

Super Girls atau lebih dikenali sebagai Tiga Jahanam mula ketawa mengekek. Mereka suka kalau benda buruk terjadi kepada Yoona, musuh no.1 mereka walaupun Yoona langsung tidak membencinya. Antara sebab mereka membencinya kerana Yoona seringkali merampas kedudukan mereka sebagai gadis paling cantik di Jaejung High School dan ramai pelajar lelaki mahu berkenalan dengannya walhal Yoona baru tiga bulan bersekolah di sini.
Tiga orang gadis remaja yang menggelarkan dirinya sebagai Super Girls atau Tiga Jahanam dianggotai oleh Park Ji Yeon atau Ji Yeon sebagai ketua yang mana sangat cantik dan tinggi lampai. Diikuti oleh Jessica, gadis lincah yang sangat fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana dia dilahirkan di kota London. Dan anggota terakhir sekali dalam kumpulan itu ialah Goo Hara yang mana yang paling pendek dan katik sekali berbanding anggota yang lain. Namun begitu, dia memiliki kulit yang anti-jerawat dan berwajah comel macam barbie doll. Dia juga sedang syok bercinta dengan senior Jung Hyung.
Itulah perihal tentang mereka. Mereka juga di kalangan anak orang kaya dan berpengaruh dan juga membawa pengaruh kuat di sekolah mereka. Dan tentu sekali musuh ketat mereka ialah pelajar yang lagi cantik dari mereka! Itu harus dielakkan sama sekali!

“Sebenarnya bukan tercicir Yoona. Saya sengaja tidak mahu bagi awal-awal lagi kertas jawapan awak sebab awak ialah pelajar yang mendapat markah paling tinggi iaitu 98/100 bagi ujian kali ini. Congratulations!” ujar Puan Kim bersama senyuman lalu mnghulurkan kertas jawapan itu kepada Yoona.

Semua pelajar kelas itu memberikan tepukan gemuruh kepada Yoona yang seringkali menjadi pelajar terbaik dalam mana-mana subjek. Mungkin kerana mengikut genetik ayahnya yang mana bekas saintis terkenal di Korea Selatan.

Ketawa mereka terhenti secara tiba-tiba lalu diganti dengan cebikan tanda benci! Huh! Semakin benci mereka dengan manusia bernama Yoona itu!

Yoona terkejut sama sekali. Dia lambat-lambat mahu mengambil kertas jawapannya kerana masih terkejut. Kawan baiknya, Yuri menyuruhnya mengambil kertas jawapannya.

“Puan Kim, gomawo..”

“Cheonma. Lain kali biar boleh skor 100/100 ya?”

Yoona mengangguk laju. Dia sangat bangga dengan markahnya itu. “Baik Puan Kim, lain kali saya buat yang lagi terbaik dalam ujian akan datang..”



Kantin Jaejung High School....

“Erggghhhhh, bencinya aku dengan budak tu!” Ji Yeon melempiaskan perasaan marahnya kepada kimbap itu. Dia menghancurkan kimbap dengan chopstick di tangannya.

“Sabar je Ji Yeon, nanti kita balas dendam kat minah tu..” Jessica mengambil langkah proaktif dengan menenangkan ketua mereka.

“Thats right! Ada hari nanti kita balas!” sambung Hara yang dilihat sedang asyik menjamah minuman di tangannya itu.

“But I nak balas dendam sekarang by hook or by crook! Girls, please give me some ideas!”

“Hmmm, how about tumpahkan air kencing sebaldi atas kepala dia?” Hara tampil memberi idea yang diraasakannya bernas.

“Euwww, that’s so disgusting! Jatuhlah standard kita kalau main dengan air kencing! Pheww” Ji Yeon membuat muka gelinya.

“Alaa, I  thought it was a brilliant idea. Hmm, how about kita upah someone and suruh dia langgar minah tu!” Hara sekali lagi memberikan idea bernasnya.

“Hello Hara? Please think before you act. Kalaulah kita buat macam tu and then terbongkar yang kita langgar dia? Apa kita nak buat? Malulah kita nanti!” balas Jessica.

“Amboi, sedapnya you tak suka idea I, so why don’t you pulak yang beri idea you!” marah Hara balik.

“Tengah pikir lah ni Hara!”

“Girls, stop fighting!” ujar si ketua, serabut kepala dengar ahli-ahlinya mula bergaduh.

Mereka terus senyap taktala mendengar suara ketua mereka.

“Seriously, I have a super duper brilliant idea! Wanna know it?” tambah Ji Yeon lagi sambil tersenyum penuh makna.

Mata Jessica dan Hara bersinar dan serentak, “What is it, Ji Yeon?”

“Macam ni, you all tahu tak pasal bilik rahsia dekat tingkat bawah bangunan pentadbiran tu?”

Mereka serentak menggeleng laju. Tanda tidak tahu.

“Ok fine. It’s okay if you all don’t know about the secret room tu, tapi memang semua guru dan pelajar kat sekolah ni taktahu pasal kewujudan bilik rahsia tu..”

“So, macam mana you tahu?”

Ji Yeon sekali lagi tersenyum penuh makna. “I curi-curi dengar perbualan Pengetua dengan Pengawal yang jaga bangunan pentadbiran tu. He said that, tolong jaga dengan baik bilik rahsia tu and jagan bagi sesiapa tahu pun pasal kewujudan bilik itu sebab bilik itu sangat gelap dan tiada penghuni. Dan bilik itu tidak dibenarkan masuk sesiapapun walhal Pengetua sekalipun!”

“Hmm, maybe bilik itu ada hantu tak?” sangkal Hara.

“Maybe.  Sebab itu lah I rancang nak sumbat Yoona dalam bilik itu. Biar dia terperangkap dan menangis duduk dalam tu! Hahahahaha.”

Jessica dan Hara juga ketawa jahat mendengar agenda jahat itu.

“Thats so so cool, Ji Yeon but takpe ke kita buat macam tu and you tahu ke jalan nak pergi ke bilik rahsia tu?” tanya Jessica.

“Don’t worry girls. Tak salah kita buat macam tu and I tahu jalan nak pergi ke bilik rahsia 

tu. And you know what girls, everyone will not know about this, i’m pretty sure!”

“That’s great, so bila nak mulakan plan ni?”

“As soon as possible but this is so private and confidential, so please girls, don’t let everyone know about our plan.”

“Kitaorang takkan dedah pasal plan ni. Trust us!” seresntak kata ahli yang lain.

“That’s great girls!” Ji Yeon tersenyum
.
“Tapi kan, memang bilik rahsia tu gelap, takde penghuni and seram?” tanya Jessica ingin tahu.

“Yupp, I’m pretty sure. Yoona will dying in those secret room! Hahahahaha!”
Mereka bertiga ketawa dengan penuh makna. Tidak sabar mahu mulakan agenda jahat ini!


Muka Yoona berkerut mendengar ayat-ayat yang dilontarkan oleh Jessica dan Hara, dua orang ahli Super Girls. Kedengaran sungguh mencurigakan.

“Don’t worry, Yoona. Kitaorang takkan buat apa-apa dekat you. Jomlah ikut kitaorang...”

“Tapi..kenapa tiba-tiba?” ujar Yoona, pelik.

“Alaa, kitaorang nak cakap something je dengan you. So please give your cooperation.” Balas Jessica dengan penuh yakin supaya Yoona tidak langsung mengetahui tentang rancangan jahat mereka bertiga.

“Hmmmm..” Yoona mula mencerna baik dan buruk kalau dia menerima ajakan mereka berdua. Entahlah, dia rasa pelik semacam. Tiba-tiba sahaja mengajak dia. Katanya ada benda penting untuk dibicarakan.

“So?” Hara sekali lagi menanyakan soalan yang sama kepada Yoona. Habislah dia kalau Yoona tak mahu ikut, rancangan jahat mereka beritga mesti menjadi!

“Oklah, tapi taknak lama sangat tau, saya nak balik awal hari ni..” Yoona akhirnya memberi kata putus.

Jessica dan Hara tersenyum penuh makna apabila mendengar jawapan Yoona. “Bersedialah kau Yoona...”


Ji Yeon tersenyum taktala melihat dua sahabat baiknya membawa Yoona bersama. Ini bermakna, rancangan akan berjaya! Untuk menjayakan rancangan jahat mereka, dia telah mempelawa Zelo, rakan sekutunya yang mana sangat rapat dengannya dan sangat nakal dan selalu membuat masalah. Dia juga rasa kalau Zelo membantu mereka dalam rancangan mereka, tentu akan lebih berjaya kerana Zelo mahir tentang selok-belok sekolah ini.

“Mana diaorang Ji Yeon. Lama gila kot kita tunggu..” ujar Zelo, penat menunggu.

“Wait for a few minute. Diaorang on the way tu.”

“Hmm, okay then. Aku just kena buang dia dalam bilik rahsia tu je kan?” tanya Zelo meminta kepastian dalam rancangan jahat ini.

“Yes. Kau just buang dia je dalam bilik rahsia tu and kerja kita dah selesai!”

Zelo tersenyum, memahami gerak kerja yang harus dilakukannya sebentar lagi.

Selepas beberapa minit kemudian,

“Kita kat mana ni?” tanya Yoona setelah sampai di tempat yang tidak dikenalinya tetapi lokasi itu berada di sempadan bangunan pentadbiran. Kiranya kawasan larangan. Dilihatnya juga ketua Tiga Jahanam, Ji Yeon dan Zelo, pelajar kelas 3-B.

“Welcome Yoona!” sapa Ji Yeon seraya tersenyum.

“Hmmm, korang nak bincang apa sebenarnya ni?” tanya Yoona.

“As you know. Kitaorang benci kau kan? So, hari ini macam hari kiamat lah bagi kau Yoona. 
Kitaorang nak sumbat kau dalam bilik rahsia yang gelap tu! Hahahha.” ujar Ji Yeon lalu disambut dengan hilai ketawa mereka yang lain.

“Hah! Apa korang nak buat ni. Pleaselah. Tolong jangan apa-apakan aku. Sudahlah, aku nak balik!” Yoona tiba-tiba takut. Dia berura-ura mahu meninggalkan tempat aneh ini.

“Jangan harap kau Yoona! Girls, tangkap dia!”

Jessica dan Hara sepantas kilat menangkap Yoona yang mula mahu melarikan dirinya.

Yoona cuba untuk melepaskan dirinya namun tenaganya tidak cukup untuk melawan tenaga mereka berdua. Akhirnya dia mengalah dan mula dibawa ke arah Zelo untuk agenda seterusnya.

“Zelo, sumbat dia dalam bilik itu cepat!” arah Ji Yeon tangkas.

Zelo tersenyum. Dia melangkah ke arah bilik rahsia yang dikatakan gelap, berhantu dan penuh dengan misteri. Kemudian, dia memulas tombol pintu itu sebanyak lima kali. Itulah kata kunci bagi memasuki bilik rahsia itu.

“Lepaskan aku! Tolong jangan buat macam ni korang. Aku maafkan korang kalau korang lepaskan aku. Please...” esakan Yoona mula semakin kuat. Dia takut....

“Sorry lah Yoona. No sorry for you. Terimalah rumah baru kau.Hahahhaa!” ujar Zelo lalu mula memasukkan Yoona ke dalam bilik rahsia itu dan berjaya!”

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!1” kedengaran suara Yoona saat dicampak ke dalam bilik rahsia itu.
Zelo cepat-cepat menutup pintu bilik itu. Dan memulas tobol itu sebanyak sepuluh kali. Dna kerja mereka sudah selesai.

“Padan muka kau Yoona! Sekarang kau dah menderita kat dalam bilik tu. Have fun there. Mampuslah kau kat dalam tu. And now, aku gadis yang paling cantik dan bijak dekat sekolah ini! Hahahahha. Serves you right!” ujar Ji Yeon dalam hati. Dia berasa puas. Puas dengan rancangan jahat lagi kejam ke atas Yoona, mangsa yang tidak bersalah...

To be continued...

Awak comment, awak comel~

Labels: ,

←newer post
older post→


A world of imagination.