F i c t i o n.
Run! [ONE-SHOT];

FOREWORDS;
Ehem. K ni one-shot yang pertama aku. So agak special sikit lah. Hewhew. Aku pilih Wooyoung and IU sebab diorang ialah second bias aku lepas Luhan and Yoona. Aku start minat dorang ever since aku tengok Dream High. Diaorang gila comel. Haha, stop pasal character. Actually, one-shot ni aku cedok idea daripada komik Syurga Serigala oleh Kikuchi Kamaro. Dan aku jugak ambik inspiration dari variety show yang tak payah nak diperkenalkan lagi iaitu Running Man. Sorry kalau ada typo ke apa. Mianhae. Dan sorry kalau tak menarik and tak best. Anyway. gomawo kepada siapa yang sudi baca *lambai*.
 

Main Character: Jang Wooyoung and Lee Ji Eun/IU


Aku mengeluh perlahan. Kali ini dah kali ketiga aku berpindah sekolah. Semua ni gara-gara ayah aku yang tiada kerja tetap. Selalu je kena pindah sekolah. Mula-mula Lisan, lepas tu pulak Busan dan sekarang ni Seoul pulak. Nak tak nak aku kena ikut mak dengan ayah aku jugak.

Aku sekarang dah ada kat depan JYP High School. Hari ni hari first aku masuk sekolah baru ni. Harap harap lah sekolah ni ialah sekolah yang terakhir aku akan berpindah.

Aku melangkah perlahan. Cuba untuk memerhati gelagat budak sekolah ini. Hmmm, semuanya nampak baik je. Tiba-tiba mata aku terarah pada sekumpulan pelajar lelaki yang kesemuanya 6 orang. Mereka nampak lain dari pelajar lain. Semua orang nampak takut dengan diorang. Macam ada pengaruh besar je.

Aku menyambung langkah ku ke pejabat sekolah. Cuba untuk melupakan bayangan kumpulan tadi.


“Annyeonghaseyo, jounen Lee Ji Eun imnida. Panggil saya IU je. Selamat berkenalan semua!” Aku memperkenalkan diri aku sambil tersenyum. Pelajar lain nampaknya menyambut aku dengan baik.

“Baiklah IU, awak boleh ambil tempat awak kat belakang tu sebab kat belakang tu je yang kosong.” kata Cikgu Kim dalam nada yang teragak-agak.

“Arasso. Kamsahmnida.” Aku mengucapkan terima kasih lalu melangkah ke arah meja aku. Semasa aku melalui meja pelajar lain, mereka macam tenung aku pelik je. Nampak macam nak bagi aku amaran je. Cuma aku tak tahu apa maksud diorang.

Aku duduk di tempat aku. Aku berpaling ke kiri. Tiada orang di sebelah kiri aku. Aku berpaling ke kanan aku pulak. Ada seorang budak lelaki sedang asyik tidur. Amboi,  orang lain sibuk belajar dia pulak? Tengah sedap tidur dalam kelas pulak tu! Takde etika langsung! Aku geram nak kejutkan dia dan bagi warning supaya stop dari tidur tu tapi tiba-tiba aku rasa pelik semacam dengan budak lelaki ini. Aku rasa aku pernah nampak muka dia. Kat mana ya? Oh ya! Dia ialah salah seorang dari kumpulan yang aku terserempak tadi. Aku matikan niat suci murni aku itu.




Lepas rehat aku terus balik ke kelas dengan beberapa orang kawan baru aku. Tetapi malangnya kat atas meja aku ada diletakkan sebuah sebuah pasu bunga bersama bunga lily dan ada sekeping memo.

Aku terpempan seketika. Siapa pulak hantar semua benda ni? Fanboy ke? Ceh, takkan lah kot. Aku baru je tiga jam masuk sekolah ni, takkan dah ada fanboy kot. Perasan lah kau ni IU!

Aku ambil memo tu dan membaca isi kandungan memo itu.
HEY PEREMPUAN! KENAPA KAU SUKA SUKI DUDUK KAT SEBELAH AKU HAH? NAK JADI STALKER KE HAH? KAU TAHU TAK KAU ORANG YANG KE 1,000,000 YANG BUAT MACAM NI! JANGAN HARAP AKU AKAN LAYAN KAU, PEREMPUAN!
Berapi aku baca memo itu. Sampai hati dia cakap aku ni stalker! Kemarahan aku dah berada kat tahap merbahaya ni! Aku betul-betul rasa marah dan annoying tahap karma!
Aku berpaling mencari penghantar memo kejam tahap gaban ni. Memang sah budak kelas ni! Tiba-tiba mata aku terarah pada budak lelaki yang tadi syok tidur tu. Sah! Memang dia! Dalam memo tu ada kata yang dia benci aku duduk sebelah dia? Ini bermaknanya memang dia penghantar memo ni!

Aku menghadap dia. Dia berpaling ke arah aku. Tapi dia buat tak layan je. Amboi, sombong ye?

“Woi! Kau ke yang hantar memo kejam tahap tahap karma tu?” Aku tanya dia, straight to the point. Aku perasan ramai jugak yang tengok aku berani bercakap dengan budak lelaki ni.

Dia dengan selambanya menjawab, “Yup. Aku yang hantar memo tu. Ada masalah ke?”
Eh mamat selenge ni! Takde masalah kau cakap? Lu bikin gua panas hati! “Ya! Memang ada masalah pun! Kau cakap aku apa? Stalker? Cantik punya perangai kau! Aku tak hingin nak stalk kau pun! Macam lah kau tu hensem sangat! So jangan nak perasan lah mamat poyo!” Berdas-das aku sembur ayat power aku. Go IU~

Mamat poyo ni nampak macam nak marah je tapi dia relaks je. Eh, mamat ni memang menaikkan darah aku betul! Aku tanpa berfikir panjang, terus sambar pasu bunga tu dan simbah kepala dia dengan air yang ada dalam pasu bunga tu. Nah! Hambek kau!

Dia terkejut beruk!

Pelajar lain lagi lah terkejut gorilla!

Dia memandang muka aku. Habis kepala dan baju sekolah dia basah lencun. “Kau...kau..” Ayat dia tersekat-sekat. “Kau dah buat silap besar! Kau dah malukan aku!” Dia berkata, menghentak mejanya dan terus meluru keluar dari kelas itu.

Aku terkejut tengok dia marah. Siap bagi amaran lagi! Tapi, ada aku kisah?

Lepas je dia meluru keluar, beberapa kawan perempuan aku yang baru itu meluru ke arah aku.

“Woi! Kenapa kau pergi simbah kepala dia dengan air pasu bunga tu dekat dia, hah!” ujar Nana dan terus menggoncang badan aku bertubi-tubi.

“Wei, rileklah. Dia tu annoying sangat. Ada ke pergi tulis memo kejam kat aku. Siap cakap aku ni stalker dia pulak. Pffft” Aku cuba mempertahankan diriku. Siap dengan menjelirkan lidah lagi.

“Masalahnya dia tu JANG WOOYOUNG! Kau kenal tak? Sure lah kau tak kenal kan? Salah seorang daripada ahli 2PM yang gila berpengaruh! Mereka semua anak orang gangster yang bertaraf billionaire. Semua orang takut kat diorang tahu tak! Dia ada kat dalam kelas ni pun kami semua dah terketar-ketar nak belajar. Tegur lagilah! Kau tahu tak yang rekod buruk diorang? Tiga orang guru perempuan masuk hospital sebab cuba nak rotan diorang. Lepas tu, budak junior tahun satu cuba nak tackle Nickhun, budak hot kumpulan tu kean sawan monyet. Sebab apa? Sebab diorang dah dera dia hidup-hidup! Ada tu pengetua baru je masuk sekolah ni tak sampai satu hari, kena pecat sebab tegur cara diorang berpakaian. Tahun ni pun dah 50 orang pengetua kena pecat! Tengoklah betapa berkuasanya mereka!” ujar Nana panjang lebar. Yang lain mengangguk tanda setuju.

Terkejut beruk aku dengar apa yang diperkatakan oleh Nana. Sampai macam tu sekali? Aku mula berasa takut. Kenapa lah aku ni bengong sangat buat benda macam tu! Inilah, buat benda tak pernah berfikir! Sekarang apa dah jadi?

“Dan kau IU, baru je masuk sekolah ni beberapa jam dah buat hal dengan diorang. Aku tak tahu lah apa nasib kau lepas ni. Maybe diaorang bunuh kau dan kerat badan kau 18 bahagian!” tambah Nana lagi.

Aku semakin takut. Tangan aku gila menggeletar. Bunuh? Ini dah melampau gila! Apa aku nak buat sekarang ni? Sembunyi dalam tandas? Lari ke Thailand? Ottoke? Omma..Appa help me!!


Hari kedua aku ke sekolah baru aku kena tempuhi jua walaupun aku berkeras tak nak pergi sekolah. Aku takut sesuatu bakal terjadi pada diri aku. Sperti yang diperkatakan Nana dan rakan-rakan.

Masuk je perkarangan sekolah, boleh dikatakan semua pelajar tenung aku semacam. Macam lah aku ni buat salah. Aku berasa pelik dan pada masa yang sama takut dan risau.
Aku menyambung langkah aku ke kelas untuk sesi pembelajaran. Setibanya aku di kelas, Nana dan rakan-rakan terus meluru ke arah aku dengan pantas.

“Bwoya?” Aku bertanya, masih lagi berasa pelik.

“Mari sini kau!” Nana menarik tangan aku keluar dari kelas. Eh? Dia nak bawak aku ke mana ni?

Oh rupanya dia bawak aku ke notice board. Tempat segala pengumuman dan maklumat berkaitan sekolah ditampal di situ.

“Kau baca ni!” Nana menunjukkan ke arah satu poster yang paling besar ditampal di tengah-tengah notice board itu. Aik, kenapa ada gambar aku pulak ni? Aku  terus membaca maklumat di poster itu.
HARI INI SEMUA KELAS AKAN DIBATALKAN BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA KUMPULAN 2PM MENYELESAIKAN TUGAS MEREKA. IAITU MENGEJAR LEE JI EUN ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI IU, PELAJAR KELAS 4-A. PADA JAM 8 PAGI, SEMUA PELAJAR LAIN, SILA KELUAR DARI SEKOLAH INI DAN SELURUH PINTU DAN PAGAR AKAN DIKUNCI. PERMAINAN KEJAR-KEJAR INI AKAN TAMAT APABILA CIK IU BERJAYA DITANGKAP DAN AKAN MENJADI HAMBA ABDI KAMI. NAMUN BEGITU, CIK IU BOLEH MENYELAMATKAN DIRI CIK IU JIKA CIK IU BERJAYA MELAKSANAKAN MISSION YANG AKAN DIBERI NANTI. KEPADA CIK IU, SELAMAT BERJAYA KAMI UCAPKAN~
Terketar-ketar aku apabila membaca notis ini. Apa? Permainan kejar-kejar? Gila ke apa?

“Jeongmal mianhae IU, kami memang tak boleh nak bantu kau. Good luck!” ujar Nana dan terus berlalu pergi bersama rakan-rakannya.

Aku terpempan. Betul ke ada permainan kejar-kejar kelolaan kumpulan 2PM?
Semua pelajar sudah tiada dan pintu dan pagar juga dah dikunci rapat. Apa aku nak buat sekarang ni? Peluh mula membasahi badan aku.

“Well, IU kau dah bersedia?” Tiba-tiba aku terdengar suara orang menyebut nama aku. Aku berpaling ke arah suara itu. Kumpulan 2PM! Aku melihat kesemua ahli. Kesemuanya enam orang. Aku melihat juga Wooyoung. Dia kelihatan serius dan merenung tajam ke arah aku.

“Errr. Korang ni biar betul...nak main kejar-kejar?” Aku bertanyakan kepada mereka.

“Yup. Kami tak tipu. Ini SERIUS!” ujar Taecyeon.

“Err. Ini semua berpunca sebab aku simbah kepala Wooyoung dengan air ke?” Aku mahukan kepastian.

Mereka semua mengangguk laju. “Kau dah menjatuhkan maruah salah seorang ahli kumpulan 2PM. Jadi inilah balasan dan hukuman ke atas kau!”

Aku sekali lagi terpempan. Bagai ada batu besar menghempap kepala aku.

“Dalam kiraan 100, permainan akan bermula secara rasmi dan kami akan mula mengejar kau. Dan pada masa yang sama, kau akan diberi mission untuk membolehkan kau terselamat daripada mendapat hukuman jika kau berjaya menyelesaikannya,” Junsu berkata dan menyerahkan mission card kepada aku. Aku terus mengambilnya dan meneliti mission card itu.
CARI 3 BUKU CERITA YANG MENGANDUNGI 2 TAG NAMA AHLI KUMPULAN 2PM PADA SETIAP BUKU. APABILA TAG NAMA BERJAYA DIJUMPAI, AHLI ITU AKAN TERSINGKIR. JIKA KESEMUA AHLI BERJAYA DISINGKIRKAN , ANDA BERJAYA. 


KLU BAGI TEMPAT BUKU CERITA DISEMBUNYIKAN; 


PERPUSTAKAAN [BLOK B]

BILIK GURU [BLOK PENTADBIRAN]

KELAS 4-A [BLOK C]
Aku mengeluh. Ah..mission ini nampak susah. Aku takut aku tak berjaya dan yang paling ngeri bila aku tertangkap!

“Oh ya, lupa nak beritahu, kami akan pakai loceng pada kasut kami supaya kau senang nak dengar di mana kami berada,” ujar si maknae, Chansung.

Aku mengangguk lemah. Terpaksa menerima hakikat bahawa aku akan bermain dalam permainan kejar-kejar yang ekstrem ni!

“Kami akan start mengira sekarang so lebih baik kau berlari sekarang,”  ujar Taecyeon pula.
Aku mengangguk. Mata aku sempat melayang ke arah Wooyoung. Kenapa dia senyap je? Langsung tak cakap apa-apa pun.

Ah persetankan dialah, yang penting aku mesti selamatkan diri aku dulu!


Aku mengeluh sekali lagi. Sudah setiap pelusuk perpustakaan aku cari, tapi tiada langsung buku cerita yang seperti diperkatakan dalam mission card itu. Aku kena gandakan usaha aku untuk mencarinya kalau aku tak nak jadi hamba abdi kumpulan kejam lagi zalim 2PM!

Semasa aku tengah sibuk cari buku cerita dekat rak buku rujukan, aku terdengar bunyi loceng. Ini bermakna ada ahli 2PM di kawasan perpustakaan ini! Aku harus sembunyikan diri aku!

Aku dengan pantasnya menyelinap masuk di bawah meja. Mujur juga meja itu dialas dengan kain sampai ke lantai. Susah sikit diorang nak cari aku.

Bunyi loceng itu semakin dekat membuatkan aku semakin takut. Jantung aku bagai nak rak berdebar-debar. Seseorang, tolonglah aku!

Tiba-tiba pandangan aku terfokus ke arah satu sudut di bawah meja. Buku cerita! Yes, aku berjaya mendapatkannya! Aku terus mengambilnya dan membuka helaian buku itu.
Aku tersenyum melihat nama pada tag itu. 2 ahli sudah berjaya aku keluarkan dalam permainan ini! Kini tinggal 4 orang ahli lagi!

Satu pengumuman di pelusuk sekolah mula berbunyi, “Kim Junsu, Lee Junho out!”
Aku keluar dari bawah meja itu secara senyap-senyap dan menuju ke destinasi seterusnya pula!


“Kringg! Kringg!”

Sekali lagi aku terdengar bunyi loceng di sekitar blok pentadbiran. Aku memerhati di sekeliling aku sebelum menyelinap masuk ke dalam bilik guru yang mana menjadi lokasi kedua mission.

“Hah! Aku dapat kau, IU!” ujar Chansung yang tiba-tiba berada di depan aku.

Terkejut beruk aku tengok salah seorang ahli 2PM ada di depan mata aku. Tanpa berfikiran panjang, aku mengambil keputusan untuk menolaknya supaya jatuh dan terus berlari masuk ke dalam guru.  Satu, dua, tiga! Aku mula menolaknya ke arah yang bertentangan.

Yes berjaya! Aku sempat terdengar dia mengaduh sakit ditolak dengan kuat oleh aku sebelum aku masuk ke dalam bilik guru. IU, hwaiting!

Pintu bilik guru dikunci dan diselak supaya tiada orang boleh masuk. Aku mula mencari buku cerita yang seterusnya.

Setiap meja, kerusi, rak dan almari aku geledah tapi masih tak jumpa. Di manalah tenuk-tenuk ni letak buku cerita tu. Pfft. Susah doh nak cari.

Satu persatu-satu barang di atas meja aku geledah dan cari. Ceh. Rupanya ada kat bawah laci. Pui.

Aku tersengih-sengih macam kerang busuk taktala melihat nama seterusnya di tag nama itu.
Sekali lagi pembesar suara berbunyi. “Nickhun, Hwang Chansung out!”

Ini bermakna hanya tinggal 2 orang ahli lagi iaitu Taecyeon dan juga Wooyoung. Untuk destinasi terakhir iaitu keals 4-A iaitu kelas aku sendiri, aku kena lebih berhati-hati dan tangkas. IU, Hwaiting!


Kadang-kadang aku rasa buat benda ni macam aku ni seorang budak yang bodoh. Ikut je arahan orang. Tapi....aku taktahu kenapa aku bersetuju jugak nak main permainan kejar-kejar ni. Wooyoung pulak dari tadi senyap je. Tak cakap sepatah haram pun. Bukan ke dia yang beria-ia yang nak balas dendam kat aku?

Sebenarnya aku tak berniat langsung pun nak malukan muka dia dan menjatuhkan maruah dia. Cuma..aku tak tahu kenapa badan aku yang bergerak sendiri ke arahnya..
Aku sendiri pun tak mengerti!


“Kat mana ya buku yang terakhir ni?” gumam aku dalam hati, sambil mencari-cari buku yang terakhir. Selalunya yang terakhir mesti susah nak cari. Aku menggandakan usaha aku mencari buku yang terakhir itu.

Rupa-rupanya ada di sebalik frama gambar kat belakang penjuru kelas. Ceh. Aku terus meluru ke arah itu.

Namun malang tak berbau..

Aku ditangkap oleh Taecyeon sebelum aku sempat mengambil buku cerita yang terakhir itu.

“Lepaskan aku lah woi!” Aku menjerit kuat dan menolak badannya.

“Jangan harap lah perempuan! Aku takkan lepaskan kau!” balas Taecyeon pula. Genggaman tangannya semakin erat dan sukar untuk dilepaskan.

“Seseorang, tolong aku!” Aku menjerit meminta tolong walapun aku tahu mustahil ada orang nak tolong aku.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki cuba menolong aku. Dia ialah Wooyoung! Kenapa dia tolong aku pulak??


Aku berdiri di sebelah Wooyoung. Ahli yang duduk menghadap kami.

“Wooyoung, aku pelik dengan kau ni. Kenapa kau tolong dia padahal kau yang rancang permainan kejar-kejar ni?” tanya Junsu. Pelik dengan tingkah Wooyoung.

“Mianhae. Aku taktahu kenapa aku tolong dia. Badan aku bergerak sendiri ke arahnya. Aku tak nak dia hamba abdi korang!” ujarnya, tersekat-sekat.

Aku terkejut mendengar apa yang diperkatakan olehnya. Ayat dia sama dengan aku! Serentak aku berpaling ke arahnya.

“Kenapa kau cakap macam tu hah? Tak nak bagi dia jadi hamba abdi kita orang kalau kena tangkap? Aku pelik lah dengan kau ni Wooyoung, sumpah!” tanya Nickhun bertubi-tubi.

“Aku....” Ayatnya tersekat-sekat. “Aku...suka dia. Aku tak nak dia jadi hamba abdi korang!”

Aku terkejut mendengar apa yang dia cakap. 2PM lagilah terkejut.


Pelik kan? Boleh pulak aku balik sekolah dengan Wooyoung lepas permainan kejar-kejar tu tamat. Aku nak dengar penjelasan dari dia.

“Kenapa...kau cakap kau suka aku? Ke kau just nak selamatkan aku dari kena jadi hamba abdi dorang?” tanya aku kepadanya.

Dia mengeluh perlahan. “Ji Eun... tengok aku..” Langkah terhenti. Dia berpaling ke arah aku.

Aku terkejut dia memanggil aku dengan nama Ji Eun. Setahu aku takde pun orang yang panggil aku Ji Eun kecuali...

“First of all. Jeongmal mianhae sebab paksa kau join permainan kejar-kejar yang bodoh dan gila tu. Aku terpaksa. Aku nak kau ingat aku. Kau tak ingat aku?”
Ingat kau? Eh, kau siapa? Aku tak kenal lah. Serentak aku berpaling ke arahnya. Aku kebingungan. Siapa dia? Aku langsung tak kenal kau. Sumpah. Aku menggeleng laju.
“Kau langsung tak kenal aku? Dua tahun lepas. Kita merupakan kawan yang paling rapat. Semua benda kita buat bersama. Memang BFF lah aku cakap. Tapi semuanya berubah bila kau pindah ke Lisan. Semuanya berubah lepas tu. Termasuklah aku. Aku bagai nak gila bila kau takde. Aku langsung tak boleh nak hidup tanpa kau. Dan sebab itulah aku berubah 360 darjah. Aku jadi jahat, liar dan tak berhati perut..”

Aku terpempam. Aku sudah ingat. Dia Jang Wooyoung! Kawan aku yang paling rapat dulu sebelum aku pindah ke Lisan. Dia sorang je yang panggil aku Ji Eun. Katanya dia taknak sama dengan orang lain. “Ya. Aku dah ingat kau. Kau Wooyoung! BFF aku! Sumpah aku tak perasan yang kau ni Wooyoung!”

Wooyoung tersenyum segaris. “Kau ingat tak permainan apa yang selalu kita main dulu?”
Aku berfikir sejenak. “Permainan kejar-kejar.”

“That’s it. Itulah yang aku cuba nak suruh kau ingat kat aku melalui permainan kejar-kejar ni. Tapi...kau langsung tak ingat aku..” Suaranya kian perlahan. Mungkin dia patah hati bila aku langsung tak ingat memori silam.

“Mianhae. Aku langsung tak ingat. Mianhae..” Aku memohon maaf.

“Gwenchanna (it’s okay).” Dia membalas, memberikan aku senyuman manis.

Aku membalas senyuman dia.

“Mari sini.” Dia menarik badan aku ke arahnya.

Cupp! 

Sebuah ciuman di pipi hinggap di pipi aku. Aku terpana.

Wooyoung tersenyum. “Aku suka kau...sejak dari kita kawan lagi. Tapi aku just simpan perasan aku dalam hati. Aku takut kau reject aku.”

Aku masih lagi terpana. Namun aku mengangguk. “Aku pun sama. Aku suka kau jugak. Tapi aku takut kau reject aku. Hahaha. Kelakar lah pulak kan. Tapi aku masih sukakan kau hingga ke hari ini.” Aku akhirnya meluahkan rasa suka aku kepadanya.

Dia tersenyum. Aku juga tersenyum.

Kami menyambung langkah untuk pulang ke rumah sambil berpegangan tangan.
Hati aku dah dicalit dengan warna cinta. Terima kasih. Apa-apa pun, permainan kejar-kejar tu memang best. Daebak!
*THE END*

Labels: , , ,

←newer post
older post→


A world of imagination.